Monday, July 19, 2010

Tahukah Anda???

  • ' WEATHER FISH ' adalah sejenis ikan yang boleh meramal keadaan cuaca di laut. Andai keesokan harinya keadaan cuaca di tempat itu berbahaya, ia akan melarikan dirinya ke tempat lain yang lebih selamat.
  • Di Ireland, seorang arkitek bernama John Cafey telah mereka bentuk sebuah penjara. Dia tidak menyangka bahawa dia jugalah orang yang pertama akan dimasukkan ke dalam penjara tersebut atas kesalahan tidak melunasi hutang piutangnya.
  • ZOO yang pertama di dunia telah dibuka di China dalam abad ke 12. Tetapi ianya tidak digelar zoo. Maharaja Wen yang mengasaskan taman haiwan itu mahu memelihara berbagai jenis binatang yang terdapat di serata empayar baginda. Baginda menyimpan haiwan tersebut di sebuah taman yang dipanggil ' taman pintar ' berhampiran istananya.
  • Kamus antarabangsa WEBSTER telah menyenaraikan perkataan 'pneumononoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis ' sebagai terpanjang. Ianya mengandungi 47 abjad dan ianya sejenis penyakit paru-paru yang biasanya dijangkiti oleh pelombong bijih.
  • Umur kuda boleh diketahui dengan melihat giginya. Hanya di negara Pakistan sahaja kuda dilatih untuk menari mengikut rentak muzik.
  • 'TAJ MAHAL' dibina demi melambangkan cinta sejati Shah Jehan kepada isterinya Mumtaz. Orang yang bertanggungjawab menghasilkan seni bina Taj Mahal ialah Ustaz Ahmad Lagori seorang arkitek yang terkenal di India pada masa itu.
  • Di dunia ini manusia menggunakan kira-kira 3000 bahasa. Di Asia sahaja lebih dari 2500 bahasa yang digunakan.
  • BOGOTA adalah di antara bandaraya yang mencatat kadar jenayah yang tertinggi di dunia. Di ibu negeri Colombia ini, seorang buruh dalam masa 1 jam.
  • SWITZERLAND merupakan negara yang paling aman di dunia. Kali terakhir mereka terlibat di dalam kancah peperangan ialah pada tahun 1815.

0 ulasan: