Monday, August 31, 2009

Merdeka Merdeka Merdeka

Assalamualaikum semua..

Salam merdeka uat seluruh rakyat Malaysia...

Tahun ni kita sambut merdeka dalam bulan Ramadhan....

Semoga kita semua merdaka dari segala mcm masalah n musibah...

Sunday, August 30, 2009

Ku Terima Maaf Mu..

salam semua....

satu lagi persoalan dalam minda saya.. susah ke nak terima maaf dari seseorang.. orang dh minta maaf apa salah maafkan...

kenapa la ada manusia yg suka berdendam, suka bermasam muka.. bukan ke tu semua sifat2 negative, ALLAH tak suka ngn org yang ada sifat2 tu...

bukan senang tau nak ungkapkan ungkapan maaf tu.. tapi yg peliknya org dh susah payah minta maaf boleh pulak tak nak maafkan..

minta maaf salah tak minta maaf lagi la salah..

dunia, dunia... selalu buat manusia leka dan alpa.. selalu buat manusia bermusuhan.. semuanya kerana nakkan dunia...

sebenarnya orang yang tak boleh terima kemaafan dari seseorang adalah orang yang ego.. orang dh minta maaf apa salah maafkan n lupakan apa yang berlaku... kenapa perlu panjang-panjangkan cerita...

k la dh tak tau nak tulis apa... kepada semua ungkapkanlah kata maaf dan terimalah kemaafan dari orang lain, kita takkan rugi apa pn malahan menguntungkan diri kita... dapat mengeratkan silaturrahim..


Thursday, August 27, 2009

Ungkapan Maaf..

aii semua...

persoalan yang berlegar2 dalam benak fikiran saya sekarang ni, " susah ke untuk mengungkapkan kata maaf "....

salah ke sebutkan, katakan, lontarkan kata maaf tu???

tak faham la kenapa sesetengah orang tu susah sgt nak cakap " saya minta maaf ", " sorry ", " asif "( maaf dalam bahasa arab)...

bagi saya orang yang susah nk kata maaf ni ego. ego yang tinggi... tak penah rase kesalahan yang dibuat tu adalah salah... bagi dirinya apa yang dia buat tu semuanya betul...

saya pun tak tau nak ckp apa.... tp tu la yang saya duk fikir time cuti sekolah nii...

kepada sesiapa yang saya penah wat salah, saya minta maaf banyak2...

berkat bulan ramadhan ni diharapkan segala amalan kita akan diterima oleh ALLAh s.w.t... insyaALLAH ameen....

Wednesday, August 26, 2009

Kewajipan dan Fadhilat Berpuasa di Bulan Ramadhan

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 : " Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.."

Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu
dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan
mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi
hingga petang.



Kalau Allah Itu Baik, Kenapa Jadikan Neraka??

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

setelah sekian lama...

dah lame tak update blog nii... sibuk sgt2...

ni br berkesempatan nk update....

tp nk story tntg ape erk....he3