Friday, April 30, 2010

Takut kepada Tuhan sahaja...

suatu petang, sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir kota madinah tiba-tiba menjadi gempar. mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

apakah yang sedang berlaku?. rupa-rupanya kanak-kanak tersebut melihat Saidina Umar Al-Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. anak-anak kecil itu berasa gerun kepada Umar yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. namun, dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Saidina Umar berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya. "mengapakah engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

budak itu menjawab dengan berani, "ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja, bukan pada manusia."

"siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair."

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma' binti Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga khalifah yang pertama selepas kewafatan baginda. hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang abid dan mujahid.

Tuesday, April 6, 2010

kawen????

mak mashi selalu bising... mak kata mashi dh kene kawen... umur mashi dah 25 tahun...

tapi mashi tak bersedia lagi... bukan mashi tak de kawan tapi mashi tak bersedia nk melangkah ke alam yang lain...

mashi dah kawan serius dengan firdaus... dah lame kenal tapi baru je lagi rapat... sejak balik dari mesir baru rapat... sebaya dengan mashi...

dia pun tak bersedia nak kawen lagi.. katanya duit tak cukup lagi... dia pun baru je setahun kerja...

tiap-tiap hari mak cakap tentang kawen... mas dh tak tau nk terangkan macam mane...

satu hari mas tanye dekat firdaus, bile kami nak kawen... tiba-tiba je dia macam marah-marah... mungkin dia pun tertekan...

mashi tak bermaksud nak susahkan dia... mashi sedih sangat2...

keesokannya, mashi dapat msg dari firdaus... dia kata " kita kawen lagi 2 tahun ".. maknanya tahun 2012 mase umur kami 27 tahun...

mashi bagi tahu dekat mak, alhamdulillah mak boleh terima....


tp..............

mak suruh bertunang tahun depan... boleh ke mashi nak bertunang niii....

aduhhhh... mashi tak bersedia lagi... mashi tak de duit lagi...

setelah sekian lama...

hari ini rase macam nak luahkan je apa yang ada dalam hati ni...

mashi sayang adik-adik mashi... tp mashi tak tau adik-adik mashi sayang kat mashi atau tak...

mashi pernah rase macam mashi ni bukan kakak yang baik tuk adik-adik mashi... klau mashi kakak yang baik, adik-adik mashi tak kan sakitkan hati mashi... adik-adik mashi mesti hormat dengan mashi...

mashi tak tau la, mungkin mashi ada buat salah atau dosa sampai adik-adik mashi jadi macam tu...

sekarang ni mashi dh rase bosan... sampai tahap mashi cakap dekat mak yang mashi tak nak ambil tahu langsung tentang adik-adik...

mak kata tak baik macam tu.... mak faham apa yang mashi rase... mak suruh mashi sabar... tapi sabar mashi ada tahapnya...

apa harus mashi buat... mashi tak penah lupa doakan untuk adik-adik mashi... mashi sayang adik-adik mashi...

mashi harap adik-adik mashi sedar n tahu yang mashi ni kakak diaorang....

ya ALLAH ampunilah dosaku, dosa kedua ibubapaku dah dosa adik-adikku...

sesungguhnya mashi teramat menyintai mereka....

saat ini....

hari ini rase macam malas je... tak tau la kenapa...

tadi dalam kelas pelajar-pelajar pun tak bermaya... mashi pun jadi tak bermaya....

alhamdulillah ari ni kelas tak banyak.... boleh la rehat...

mashi tak tau nak taip apa... tapi mashi nak taip jugak...

sekarang ni mashi rase macam mashi tak de tempat nak luahkan rase hati... mashi selalu rase diri mashi ni menyusahkan orang lain...

mashi rase macam mashi keseorangan... tapi sebenarnya mashi ada family, ada kawan-kawan, ada firdaus....

tapi mashi tak rase pun kehadiran mereka... kenapa yea mashi rase macam tu...

mashi pernah terfikir nak pergi jauh dari semua orang.. tp boleh ke mashi hidup tanpa mereka disisi mashi...

ya ALLAH bantu la mashi....

assalamualaikum....

hai semua...

mashi harap semua sihat...

dah lame tak update blog nii, sibuk kat sekolah...

jumaat minggu lepas 2/4/2010 pak cik mashi telah kembali ke rahmatullah... kawan-kawan doakan pak cik mashi ditempatkan di kalangan orang2 mu'min tau...

keesokan harinya 3/4/2010 ada majlis tadarus al-quran... mashi guru pembimbing syarahan agama perempuan... hati ni berdebar-debar je ngn persembahan husna ( stdnt mashi )... mashi harap sangat2 husna akan menang...

sebelum pertandingan macam-macam hal yang jadi.. entah la...

bertungkus lumus mashi dan ain ( kawan mashi ) melatih husna... setiap hari mesti datang sekolah... penat sangat2...

tp.... husna tak menang.. bukan rezeki dia.... muka dia sedih... dia pernah cakap dia takut nak kecewakan mashi dan ain...

tapi mashi cakap kat dia belum rezeki dia lagi... tahun depan cuba lagi... tp dia tak nak, dia suruh pilih oarang lain...

apa-apa pun mashi puas dengan usaha yang mashi dah lakukan....