Saturday, July 17, 2010

Jiwa Yang Tenang


Kunci KEJAYAAN adalah KESUNGGUHAN kita memperbaiki diri dan memberi yang TERBAIK dari apa yang kita miliki..

Memberi itu boleh MEMBAHAGIAKAN orang lain terutamanya apabila kita mampu MEMBERI SEBELUM DIPINTA..

KEBAHAGIAAN yang paling besar adalah apabila kita mampu MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN kita..

SYUKUR dan berterima kasihlah dengan tulus setiap kali mendapat KEBAIKAN..

DOAKAN dan berusahalah untuk membalas kebaikan orang yang telah berbuat baik kepada kita dengan apa yang kita mampu.. INSYAALLAH hidup akan lebih berkat..


MAAFKANLAH orang yang berbuat buruk kepada kita. InsyaAllah, hati kita akan menjadi lebih LAPANG..

LUPAKAN KEBURUKANNYA, InsyaAllah hidup kita akan terasa LEBIH NIKMAT dan BERNILAI..

Hidup akan jauh lebih INDAH, AMAN dan HARMONI jika kita saling MENYAYANGI..

Hati manusia berubah-ubah saat ini, seseorang mungkin marah pada kita, esok lusa marahnya mungkin reda, malah mungkin juga ia akan lebih sayang kepada kita..

Bila dimarahi, jangan terbawa-bawa dengan sakit hati kerana kita akan rugi sendiri. Lebih baik maafkan, dan jangan berdendam..

Melawan kemarahan dengan kemarahan akan menimbulkan masalah baru..

Sebaliknya, ketenangan, kejernihan dan mengawal diri ketika marah InsyaAllah akan membuahkan penyelesaian..

Kita tidak akan menjadi hina dengan dihina, sebab yakinlah semua perbuatan akan kembali kepada pembuatnya..

Walaupun kita telah berusaha semaksimum mungkin, mustahil semua orang akan menyukai kita..

Terus lakukan perbuatan baik semaksimum mungkin, kerana itulah yang akan kembali kepada kita INSYAALLAH...



Imbang Penuh

0 ulasan: