Monday, July 12, 2010

Ikhlas Takutkan ALLAH




Engkau dilahirkan oleh ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit
Sementara orang disekitarmu tertawa kerana gembira
Beramallah untuk dirimu agar saat orang menangis
Engkau tertawa dan bergembira pada hari kematianmu


Firman Allah yang bermaksud :
" Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga ( satu syurga untuk manusia satu lagi untuk jin, atau syurga dunia dan syurga akhirat )"
- Ar-Rahman : 46-47 -

Allah meminta kita semua agar tunduk dan patuh kepada-Nya kerana Dia yang menyediakan segala-galanya kepada kita. Namun takutlah kita kepadanya seikhlas hati. Hanya dengan perasaan itu, kita akan dapat menghayati segala balasan atas segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

0 ulasan: