Friday, July 16, 2010

Tahajjud Krunch...



TAHAJJUD KRUNCH...... pembekal tenaga di waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari

Pagi... inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga
sebagai persediaan untuk menepuh hari baru dan menyempurnakan amanah sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA...

Dapatkan tenaga yang anda perlukan daripada semangkuk bijirin TAHAJJUD KRUNCH yang penuh dengan kebaikan..

TAHAJJUD KRUNCH bukan sahaja lazat ia juga mengandungi NUTRIEN penting demi menempuh hari gemilang seorang khalifah cemerlang..

TAHAJJUD KRUNCH diperbuat daripada bijirin keikhlasan, kemanisan tawakkal pada yang maha kuasa, kesucian air mata keinsafan, keenakan ramuan taqwa dan hiasan sebuah pengorbanan...

Ramuan-ramuan ini membekalkan KETABAHAN dan KEKUATAN demi memulakan hari baru dengan penuh INSPIRASI..

Kerana hakikat sekolah kehidupan memang penuh onakdan duri, kerana jalannya licin dan berlumut, basah dan berselut, kerana di sini tiada perhentian buat berehat, kerana dunia bukan tempat melepaskan penat..

Maka KHALIFAH BESTARI yang erjuang demi bahagia di kampung abadi amat memerlukan vitamin dan mineral KETABAHAN dan KESABARAN..

Bijirin sarapan TAHAJUD KRUNCH engandungi bukan satu, malah pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari..

Kalsium TAHAJJUD KRUNCH membantu membina TULANG yang kuat demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan KETABAHAN..

Semangkuk TAHAJJUD KRUNCH setiap hari, dengan secawan air mata keinsafan, dan ketenangan mengingati Tuhan, membekalkan KALSIUM HARIAN yang anda perlukan... ANDA pasti TERSENYUM TENANG..

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa.. kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia, apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah..

Walaupun SUKAR dan PERIT, janjiuntuk menjadi hamba yang TAAT dan mengurus dunia ini dengan keimanan harus tetap ditunaikan. biar rebah tersungkur, biar luka berdarah, KITA HARUS TERUSKAN!!!

Ramai orang hanya mengerti untuk meminta agar dipermudahkan jalan apabila diuji. Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dancaaran. Mengapa kita lupa kepada TAHAJJUD?? Bersihkan diri dari noda, dekatkan diri dengan PENCIPTA, INSYALLAH ALLAH janjikan anugerah yang lebih besar daripada yang diberikan buat mereka yang sempat meminta..

TAHAJJUD... SUNNGUH IA SATU ANUGERAH!!

Ia penghibur. Penawar duka. Kepada siapa lagi harus kita adukan suka duka ketawa derita??

Kepada siapa lagi kalau bukan Pencipta Raja Sekalian Alam!!

Hanya dengan menjadikan ALLAH sebagai inspirasi, kita akan perolehi KETENANGAN SEJATI.

TAHAJJUD.. Sungguh Ia bekal sebuah KETABAHAN..

0 ulasan: