Sunday, March 29, 2009

akhirnya....

sibuk la skrg nii..time cuti la br lrh buka..alhamdulillah akhirnya dpt jg siapkan tanda kertas bdk2 tu....best je rase coz ramai yg dpt A...tp tetap sedih,ada juga yang gagal....entah la..tak tau nak cakap....hope lepas ni diaorg ada peningkatan la.....

Saturday, March 21, 2009

19 keistimewaan wanita....

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

kengkawan yang best..


haii....ni la kawan2 saya kat mesir..kawan2 yang paling best...rindu la kat diaorg..skrg ni semua dh bawa haluan masing2..tak tau la bile dpt berkumpul balik...time ni kitaorg jalan2 kat alex ramai2...saat2 akhir sebelum balik malaysia...kami semua org perak n stdy kat alex..walau kos lain2 n umur tak sama tp kami sekepala...rindunye....mas,kak ayu,yam n nisa sahabat selamanye...tq tuk semuanya...

zaman sekarang..hu3

macam2 la zaman sekarang nii..macam2 yang jadi..yg br je berlaku depan mata niii,jiran sebelah umah wat kenduri n dh jemput satu family tp tak nak pegi..hu3..klau org kampung mesti dh mengata...entah la...pelikkan...time family saya wat kenduri pn tak de sape yg dtg tolong..padahal umah seelah menyebelah berdepan...hu3...dh nak masuk empat ulan family saya duk kat taman ni tapi saya tak knl pn jiran2...umah sentiasa bertutup je..klau terserempak pn time nak g keje...br la nmpk tp tu pn tak bertegur...tu time skrg tak tau la klau akan dtg mcm mne...hope semua ni akan berubah suatu hari nnt...

Friday, March 20, 2009

cikgu mashi...he3

hu3..penatnye jadi cikgu...ingatkan time cuti sek kita leh cuti gak tp tak..kene g kursus...tiga hari tu...yg geramnye 1st day kursus tak jadi...tak nak gtau lak tu..penat je dtg sek tgk2 tak jadi..sabar je la...kertas pekse tak abis tanda lagi..pening kepala..mcm2 jawapan bdk2 tu bg...yg salin soalan alik pn ada...sedih btl..penat2 kita ajar tu yg dia dpt..sabar2..teringat lak zaman sek dlu...entah2 cikgu mashi ni pn same je cm bdk2 skrg..he3...harap2nye tak la...est juga jadi cikgu nii...harap2 cikgu mashi ni dpt bertahan la ngn semua dugaan dl bidang pendidikan ni....buat yg terbaik k...

my family.....


nak tau sape nii...ni la adik beradik pompuan saya...saya ramai adik pompuan berbanding adik lelaki...hu3..saya yang sulung..bukan senang nak jadi kakak yang sulung tau...kene banyak beralah...kadang2 tu sendiri makan hati...hu3...tak pe la perkara biase..dah lumrah kehidupan...saya ada dua org adik lelaki..sorang dh keje srg lagi masih stdy...yg dh keje tu dh macam abg saya je..macam2 perangai adik2 saya ni..tak tau la nak ckp..walau mcm mane sekali pn diaorg tu saya tetap sayang diaorg...skrg ni semua dh sibuk..saya ngn keje saya...yg lain ngn keje diaorg n sek diaorg...bile cuti je jmpa..sunyi la pulak...tak pe la dh adat dunia...saya harap hubungan kami adik beradik takkan putus walau kadang2 kami tak sehaluan...adik2 along sayang sangat kat korang...love u all..muah

assalamualaikum....

hai semua...
hope semua sihat...dah lame tak buka bog nii..terlupa sebenarnyee..malam ni terasa lak nak buka...dh lame tak menulis...sibuk sekarang nii...nama je cuti tapi ada kursus la...saya tak pandai sgt nak menulis nii...tp klau boring tu mmg suka menulis,,tambah2 bile ada idea...yg paling best menulis time tension..mcm2 kuar dr fikiran nii....k la...jmpa lagi...babai