Friday, July 16, 2010

Tahajjud Krunch...



TAHAJJUD KRUNCH...... pembekal tenaga di waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari

Pagi... inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga
sebagai persediaan untuk menepuh hari baru dan menyempurnakan amanah sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA...

Dapatkan tenaga yang anda perlukan daripada semangkuk bijirin TAHAJJUD KRUNCH yang penuh dengan kebaikan..

TAHAJJUD KRUNCH bukan sahaja lazat ia juga mengandungi NUTRIEN penting demi menempuh hari gemilang seorang khalifah cemerlang..

TAHAJJUD KRUNCH diperbuat daripada bijirin keikhlasan, kemanisan tawakkal pada yang maha kuasa, kesucian air mata keinsafan, keenakan ramuan taqwa dan hiasan sebuah pengorbanan...

Ramuan-ramuan ini membekalkan KETABAHAN dan KEKUATAN demi memulakan hari baru dengan penuh INSPIRASI..

Kerana hakikat sekolah kehidupan memang penuh onakdan duri, kerana jalannya licin dan berlumut, basah dan berselut, kerana di sini tiada perhentian buat berehat, kerana dunia bukan tempat melepaskan penat..

Maka KHALIFAH BESTARI yang erjuang demi bahagia di kampung abadi amat memerlukan vitamin dan mineral KETABAHAN dan KESABARAN..

Bijirin sarapan TAHAJUD KRUNCH engandungi bukan satu, malah pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari..

Kalsium TAHAJJUD KRUNCH membantu membina TULANG yang kuat demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan KETABAHAN..

Semangkuk TAHAJJUD KRUNCH setiap hari, dengan secawan air mata keinsafan, dan ketenangan mengingati Tuhan, membekalkan KALSIUM HARIAN yang anda perlukan... ANDA pasti TERSENYUM TENANG..

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa.. kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia, apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah..

Walaupun SUKAR dan PERIT, janjiuntuk menjadi hamba yang TAAT dan mengurus dunia ini dengan keimanan harus tetap ditunaikan. biar rebah tersungkur, biar luka berdarah, KITA HARUS TERUSKAN!!!

Ramai orang hanya mengerti untuk meminta agar dipermudahkan jalan apabila diuji. Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dancaaran. Mengapa kita lupa kepada TAHAJJUD?? Bersihkan diri dari noda, dekatkan diri dengan PENCIPTA, INSYALLAH ALLAH janjikan anugerah yang lebih besar daripada yang diberikan buat mereka yang sempat meminta..

TAHAJJUD... SUNNGUH IA SATU ANUGERAH!!

Ia penghibur. Penawar duka. Kepada siapa lagi harus kita adukan suka duka ketawa derita??

Kepada siapa lagi kalau bukan Pencipta Raja Sekalian Alam!!

Hanya dengan menjadikan ALLAH sebagai inspirasi, kita akan perolehi KETENANGAN SEJATI.

TAHAJJUD.. Sungguh Ia bekal sebuah KETABAHAN..

Monday, July 12, 2010

Ikhlas Takutkan ALLAH




Engkau dilahirkan oleh ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit
Sementara orang disekitarmu tertawa kerana gembira
Beramallah untuk dirimu agar saat orang menangis
Engkau tertawa dan bergembira pada hari kematianmu


Firman Allah yang bermaksud :
" Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syurga ( satu syurga untuk manusia satu lagi untuk jin, atau syurga dunia dan syurga akhirat )"
- Ar-Rahman : 46-47 -

Allah meminta kita semua agar tunduk dan patuh kepada-Nya kerana Dia yang menyediakan segala-galanya kepada kita. Namun takutlah kita kepadanya seikhlas hati. Hanya dengan perasaan itu, kita akan dapat menghayati segala balasan atas segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

Sunday, July 11, 2010

Asal-Usul Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. ( tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup.Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersekutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?” Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:” Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Kasih Ayah

Saturday, May 1, 2010

sajak Imam Bukhari...

dikala malam yang sunyi sepi,
bani insan tengah tenggelam,
dalam tidur dan mimpi,
musafir yang malang ini,
tersentak bangun pergi membasuh diri,
untuk datang menghadap - Mu Tuhan.

lemah lututku berdiri,
di hadapan - Mu,
sedu sedan tangisanku keharuan,
hamba yang lemah serta hina ini,
engkau terima jua mendekat,
bersimpuh dibawah Duli Kebesaran - Mu.

Tuhan,
hamba tidak pasti,
bagaimana penerimaan - Mu,
di kala mendengar pengaduan hamba,
yang penuh dosa dan noda ini.

dalam wahyu yang engkau nuzulkan,
engkau berjanji,
untuk sedia menerima pengaduan,
dan sudi memberi keampunan....