Friday, April 30, 2010

Takut kepada Tuhan sahaja...

suatu petang, sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain di pinggir kota madinah tiba-tiba menjadi gempar. mereka bertempiaran lari menyembunyikan diri.

apakah yang sedang berlaku?. rupa-rupanya kanak-kanak tersebut melihat Saidina Umar Al-Khattab sedang berjalan melalui tempat mereka bermain. anak-anak kecil itu berasa gerun kepada Umar yang terkenal dengan sikap tegasnya itu. namun, dalam kekalutan itu, ada seorang budak yang tidak ikut lari, bahkan terus bermain seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Saidina Umar berasa kagum melihat keberanian budak tersebut, lalu beliau pun bertanya. "mengapakah engkau tidak lari bersama kawan-kawanmu?"

budak itu menjawab dengan berani, "ibu saya mengajar agar takut kepada Tuhan sahaja, bukan pada manusia."

"siapa namamu?"

"Abdullah bin Zubair."

Abdullah bin Zubair adalah anak kepada Asma' binti Abu Bakar, sahabat karib Nabi yang juga khalifah yang pertama selepas kewafatan baginda. hasil didikan ibunya, bila Abdullah dewasa, beliau menjadi seorang abid dan mujahid.

0 ulasan: