Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya.
Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
YA ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah..yang baik di antara yang terbaik..dan kurniakan aku pendamping yang baik..dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMU..Ameen
"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan." (Imam Syafie)