Thursday, December 3, 2009
PPNWN09
Dicatat oleh mashi halim di 12:22:00 AM 0 ulasan
Friday, September 25, 2009
Selamat Hari Raya
Dicatat oleh mashi halim di 10:22:00 PM 0 ulasan
Tuesday, September 1, 2009
Kerugian Meninggalkan Puasa Ramadhan
Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).
Dicatat oleh mashi halim di 9:56:00 PM 0 ulasan
Monday, August 31, 2009
Merdeka Merdeka Merdeka
Dicatat oleh mashi halim di 10:25:00 AM 0 ulasan
Sunday, August 30, 2009
Ku Terima Maaf Mu..
Dicatat oleh mashi halim di 12:20:00 AM 1 ulasan
Thursday, August 27, 2009
Ungkapan Maaf..
Dicatat oleh mashi halim di 2:43:00 AM 2 ulasan
Wednesday, August 26, 2009
Kewajipan dan Fadhilat Berpuasa di Bulan Ramadhan
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 : " Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.."
Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan.
1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
Fadhilat yang lain-lain
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu
dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan
mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi
hingga petang.
Dicatat oleh mashi halim di 3:50:00 AM 0 ulasan
Kalau Allah Itu Baik, Kenapa Jadikan Neraka??
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "
Dicatat oleh mashi halim di 3:14:00 AM 1 ulasan
setelah sekian lama...
Dicatat oleh mashi halim di 3:12:00 AM 0 ulasan
Thursday, June 18, 2009
terengganu..he3
Dicatat oleh mashi halim di 12:09:00 PM 2 ulasan
Monday, June 15, 2009
tugas seorang guru....
Dicatat oleh mashi halim di 9:08:00 PM 0 ulasan
hari yang mendebarkan...
Dicatat oleh mashi halim di 8:58:00 PM 0 ulasan
Saturday, June 6, 2009
saya kene marah..hu3
Dicatat oleh mashi halim di 3:17:00 PM 0 ulasan
Tuesday, May 26, 2009
saya bertemu and saya diduga...hu3
Dicatat oleh mashi halim di 5:14:00 PM 2 ulasan
Wednesday, May 20, 2009
selamat hari guru...
Dicatat oleh mashi halim di 8:42:00 PM 3 ulasan
Wednesday, May 13, 2009
alhamdulillah
Dicatat oleh mashi halim di 12:22:00 AM 0 ulasan
Monday, May 11, 2009
selamat hari ibu....
Dicatat oleh mashi halim di 11:17:00 AM 0 ulasan
Saturday, May 9, 2009
ihtifal madrasah idrisiah
Dicatat oleh mashi halim di 8:43:00 PM 1 ulasan
Wednesday, April 29, 2009
keliru...
Dicatat oleh mashi halim di 8:00:00 PM 0 ulasan
best ke????
Dicatat oleh mashi halim di 7:37:00 PM 0 ulasan
baik sgt ke????
Dicatat oleh mashi halim di 7:28:00 PM 1 ulasan
apa nak jadi nii...
apa la nak jadi zaman skrg nii...menggunakan kemudahan yg ada dengan senang lenang...buat benda yg bukan2 dengan kemudahan...klau perkara berfaedah tak pe juga...pengalaman ni...ada srg mamat ni,tak tau la mane dia dpt no saya...dh dapat no saya send msg yg bukan2...meluat n geli dibuatnye...mcm tak berpelajaran...mcm tak tau tu berdosa...ikut hati nak buat report je...klau budak tu ganggu lagi,tau la dia kene padahnye...kawan saya try col dia,mcm suare separuh lelaki..mak saya col pulak cm suare budak2...entah la..saya kesian kat budak tu...tak cukup didikan agama...kenapa la dia jadi mcm tu...hope dia sedar apa yg dia buat tu berdoasa...n cepat2 la bertaubat....ajal tak tunggu kita....
Dicatat oleh mashi halim di 7:14:00 PM 0 ulasan
bestnye....
Dicatat oleh mashi halim di 6:54:00 PM 0 ulasan
Monday, April 13, 2009
mesyuarat agung bekas pelajar madrasah idrisiah...
Dicatat oleh mashi halim di 6:36:00 PM 2 ulasan
Saturday, April 4, 2009
rakan sekelas...
Dicatat oleh mashi halim di 10:29:00 AM 0 ulasan
cuti...
Dicatat oleh mashi halim di 10:04:00 AM 0 ulasan
Wednesday, April 1, 2009
geram betul....
Dicatat oleh mashi halim di 6:55:00 PM 0 ulasan
Mtest...
Dicatat oleh mashi halim di 6:35:00 PM 0 ulasan
albi nadak by fares
Dicatat oleh mashi halim di 6:30:00 PM 0 ulasan
Sunday, March 29, 2009
akhirnya....
Dicatat oleh mashi halim di 6:49:00 PM 0 ulasan
Saturday, March 21, 2009
19 keistimewaan wanita....
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
Dicatat oleh mashi halim di 10:44:00 PM 0 ulasan
kengkawan yang best..
Dicatat oleh mashi halim di 10:15:00 PM 0 ulasan
zaman sekarang..hu3
Dicatat oleh mashi halim di 1:28:00 PM 0 ulasan
Friday, March 20, 2009
cikgu mashi...he3
Dicatat oleh mashi halim di 11:59:00 PM 0 ulasan
my family.....
Dicatat oleh mashi halim di 11:38:00 PM 0 ulasan
assalamualaikum....
hope semua sihat...dah lame tak buka bog nii..terlupa sebenarnyee..malam ni terasa lak nak buka...dh lame tak menulis...sibuk sekarang nii...nama je cuti tapi ada kursus la...saya tak pandai sgt nak menulis nii...tp klau boring tu mmg suka menulis,,tambah2 bile ada idea...yg paling best menulis time tension..mcm2 kuar dr fikiran nii....k la...jmpa lagi...babai
Dicatat oleh mashi halim di 11:31:00 PM 0 ulasan