Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya

selamat hari raya aidil fitri...

maaf zahir dan batin

ramadhan berlalu kini syawal menjelma...
ku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salh silap...
hari yang mulia disambut dengan gembiri, jgn disambut dengan duka...
ku ucap SELAMAT HARI RAYA...
agar kegembiraan ini dinikmati bersama....

~ mashi ~

Tuesday, September 1, 2009

Kerugian Meninggalkan Puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya.

Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).